Thursday, 31 May 2012

ilmu bagai segalanya


mendaki puncak,
bukan pencapaian yang menjadi keutamaan, bukan tempoh masa pembelajaran menjadi taruhan
tetapi kekuatan peribadi diri sepanjang meneruskan perjuangan merupakan pengalaman paling berharga sekali. "segulung ijazah tiada makna andai diri tidak belajar proses jatuh-bangun semasa mengendalikannya".
sahabat2 yang masih berulit dengan tesis, para pelajar yang sedang bergelumang dengan pengajian ijazah tinggi, selamat meneruskan perjuangan dengan landasan keimanan yang hakiki agar beroleh kemenangan dan kejernihan jiwa yang sejati bahawa manusia hanya insan kerdil di muka bumi ini!

Sunday, 22 April 2012

mainan

aku main2.
aku banyak bermain.
main2 aku pun target aku mau jadi sempurna jugakk.
akhir crita..waktu main mesti main betul2
masa keja mau pulon kaw kaww.

Monday, 6 February 2012

tertib kerja

Job Interview Tips Practice

Practice, answering interview questions and practice your responses to the typical job interview questions and answers most employers ask. Think of actual examples you can use to describe your skills. Providing evidence of your successes is a great way to promote your candidacy.

Prepare, a response so you are ready for the question "What do you know about our company. Know the interviewer's name and use it during the job interview. If you're not sure of the name, call and ask prior to the interview. Try to relate what you know about the company when answering questions.

Get Ready, Make sure your interview attire is neat, tidy and appropriate for the type of firm you are interviewing with. Bring a nice portfolio with copies of your resume. Include a pen and paper for note taking.

Be On Time, Be on time for the interview. On time means five to ten minutes early. If need be, take some time to drive to the office ahead of time so you know exactly where you are going and how long it will take to get there.

Stay Calm, During the job interview try to relax and stay as calm possible. Take a moment to regroup. Maintain eye contact with the interviewer. Listen to the entire question before you answer and pay attention - you will be embarrassed if you forget the question!

Show What You Know, Try to relate what you know about the company when answering questions. When discussing your career accomplishments match them to what the company is looking for.

Follow Up, Always follow-up with a thank you note reiterating your interest in the position. If you interview with multiple people send each one a thank you note.

Friday, 16 December 2011

keluarga kedah


panjang sgt crita ni.k.


Long dan Anjang putra sharif shah
#
Buku Dokumentasi Sejarah Kedah.
Seterusnya dokumen Sejarah Kedah, ms 50 catatan Haji Buyong Adil bertajuk Sejarah Perlis.
Sebenarnya Syed Ahmad Jamalulail ialah Nai Ta @ Paduka Seri Sultan Syed Muhammad Hatta Ibni Koya Long Sultan Mudzafar Syah III Kedah
Di dalam buku Warisan Maha Wangsa Sultan Mudzafar Syah III Kedah ini turut digelar Putera Siam Ligor dan baginda bersemayam di Alor Ganu, Anak Bukit Kedah.
Syed Ahmad Jamalulail ialah Raja Perlis pertama yang dilantik oleh datuknya sendiri iaitu Raja Siam Ligor Nambang Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Syed Ahmad Jamalulail gugur semasa tahun Musuh Bisik 1821. Baginda dimakamkan oleh ayahandanya sendiri di Makam Tanjung Inggeris, Mukim Langgar Kedah.

Dari buku "Maha Wangsa Kedah", diselenggara oleh Mahani Musa dan Ahmad Jalani Halimi mencatatkan, Dalam tahun 1837, James Low melaporkan bahawa beliau telah menerima sebuah manuscript Sejarah Kedah disebut sebagai KEDAH ANNALS TERMED MERONG MAHA WANGSA,
daripada Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah .

Laksamana  Tentera Laut Kedah telah mengolah buku Hikayat Merong Maha Wangsa dengan memasukkan Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah Mukarram Shah sebagai Sultan Kedah. 
Buku Hikayat Merong Maha Wangsa yang asal telah musnah dibakar pada tahun 1876 semasa zaman Sultan Jaafar Madazam Syah menjadi Raja Maha Besar Benua Siam Kedah. Sesungguhnya nama Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah Mukarram Shah tidak wujud di penghujung hikayat tersebut. Ia ditambah kemudian oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah.

#
Sejarah Penulis Istana
(Tukang Karut Sejarah) pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah .
Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad adalah penulis yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk memutarbelitkan sejarah.
sumber ini disampaikan oleh Sultan Badlishah iaitu putera Sultan Abdul Hamid Halim Shah kepada Nai Long Mahmud iaitu cucu Sultan Jaafar Madazam Syah.

Nai Long Mahmud telah menceritakan peristiwa ini kepada cucunya Nai Long Kasim Bin Nai Long Ahmad.
Sultan Badlishah pernah menceritakan Sultan Abdul Hamid mempunyai isteri dari penganut Buddha yang bermadu dengan bonda Sultan Badlishah iaitu Nai Sofiah.
Isteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang menganut Buddha ini berasal dari kerabat diraja Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang khun. Apabila berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah beliau dinamakan Mak Incik Manjalara.

Mak Incik Manjalara perintah Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad untuk membunuh Nai Sofiah tetapi Muhammad Hassan tidak sanggup membunuh sebaliknya beliau melarikan diri ke India. Akhirnya beliau ditangkap di India dan dibawa balik ke negeri Kedah dan dipaksa mengadakan cerita sejarah mengatakan raja Kedah asalnya dari keturunan raja Buddha. Dengan itu Muhammad Hassan membuat cerita Al-Kisah Salasilah Negeri Kedah Raja Buddha Durbar memeluk agama islam.
Apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah mengetahui Nai Sofiah masih hidup maka baginda menceraikan Nai Sofiah.

Daripada tarikh inilah Tunku Badlishah tinggal dibawah jagaan datuk saudaranya Datuk Nai Mariam di Mukim Tajar Kota Star Kedah.
Tunku Badlishah dipelihara bersama Nai Long Mahmud iaitu abang pupunya. 

Apabila Raja Muda Tunku Aziz mangkat diluar negara, Tunku Badlishah pun dinaikkan kerajaan menjadi Raja Muda Kedah Darul Aman. Pada tahun 1943 zaman pemerintahan tentera jepun memerintah negeri Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah mangkat,


Mak Incik Manjalara mencadangkan kepada pemerintah tentera jepun agar melantik puteranya Tunku Muhammad Jiwa dijadikan sultan kedah kerana beliau mengatakan kononnya Tunku Badlishah bukan anak gahara dan tak layak untuk menjadi sultan negeri Kedah.
Disini penghulu mukim Tajar iaitu Nai Long Mahmud, cucu Sultan Jaafar Madazam Syah membantah dengan mengatakan Tunku Badlishah ialah anak gahara dan berhak untuk menjadi Sultan Kedah.

Cadangan Nai Long Mahmud itu disokong oleh Dato Shariff Awang Osman maka Tunku Badlishah pun ditabalkan di Balai Besar untuk menjadi Sultan Negeri Kedah darul Aman. Semasa pertabalan baginda dipakaikan tengkolok yang disediakan oleh penghulu-penghulu kerabat diraja Siam Kedah.




#cakaran anak raja 

SULTAN MUHAMMAD JIWA (1710 -1778) Sultan Muhammad Jiwa telah mendapat tentangan daripada kaum kerabatnya, malah yang terpenting beliau mendapat tentangan Raja Nambang (Raja Siam Ligor Nambang Benua Siam Kedah Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia).

Keadaan bertambah runcing bila mana Sultan Muhammad Jiwa melantik anak gundiknya Tengku Abdullah sebagai bakal Paduka Seri Sultan Kota Setar sementara Tengku Dhiauddin dilantik sebagai Raja Muda (mengikut maklumat buku Konvensyen Sejarah Kedah 1981).

Puteranya yang lebih tua daripada isterinya yang lain iaitu Tengku Long Putera dan Tengku Anjang telah diketepikan.
Tengku Long Putera dan Tengku Anjang memohon bantuan orang Bugis dari Selangor untuk menyerang Kedah Darul Aman namun gagal. Meski pun begitu Sultan Abdullah tidak popular dikalangan rakyat tetapi telah mendapat sokongan tentera penjajah.

Usaha mereka selama sepuluh tahun menemui kegagalan dan Sultan Abdullah bertambah gagah dan tidak tercabar bila inggeris menduduki Pulau Pinang (1786)
dan membuat perjanjian dgan sultan abdullah.

Bukti cerita sejarah tersebut adalah untuk memihak kepada pembelot dan pemberontak tahun 1839 (kepada Raja Besar Benua Siam) iaitu Paduka Seri Laksemana Ketua Tentera Laut Benua Siam Kedah Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Marhum Melaka.
Sejarah sebenar pada tahun 1786 kita semua patut mengetahui bahawa Benua Siam Kedah dikuasai oleh Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.

#pencerobohan sukhotai ke atas jajahan islam siam

Buku 'Warisan Mahawangsa Kedah' pada tahun 1813 Raja Ligor Nambang ,mencatatkan Sultan Syarif Abu Bakar Syah telah menghantar satu salinan hikayat Merong Mahawangsa berhubung dengan Bunga Emas dan Bunga Perak kepada Inggeris di Pulau Pinang untuk membuktikan Bunga Emas dan Bunga Perak itu bukanlah ufti sebaliknya amalan kesultanan Siam Kedah kepada anaknya yang membuka negeri Siam .
Putera tersebut bernama Sayiddina Jamalul Alam Badrul Munir. Rujuk di akhir buku Undang-undang Kedah.
Setelah inggeris menerima Buku Hikayat Merong Mahawangsa barulah mereka mengetahui bahawa Sultan Kedah sebenarnya ialah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Islam Ligor. 
Buku Hikayat Merong Mahawangsa yang dihantar kepada inggeris ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak Inggeris bahawa Raja Siam Ligor yang memerentah Benua Siam ini beragama Islam bukan Buddha seperti yang mereka ketahui.
Selain itu ia juga bertujuan untuk memaklumkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah ialah raja yang memerintah Ayuthia 1767.
Disana, baginda digelar Boromoraja Ekataat V.
Di dalam buku 'A History Of South East Asia  DGE Hall 1955' ada tercatat Boromoraja V Ekataat Dinasti Ayuthia Ke 33.Itu lah nama gelaran Syarif Yang Di Pertuan ketika baginda memerentah Ayuthia.

Setelah Inggeris meneliti Buku Hikayat Merong Mahawangsa mereka menemui bukti yang nyata, mereka membatalkan perjanjian menyerah Pulau Pinang kepada Inggeris yang dibuat oleh Sultan Abdullah . Bukti pembatalan perjanjian tersebut ada tercatat di dalam surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah kepada Robert Fullerton bertarikh 18 November 1827. Sultan Ahmad Tajuddin menegaskan rasa tidak bersetuju baginda dihantar ke Melaka. Baginda juga meluahkan rasa kesal kerana pihak inggeris membatalkan perjanjian yang dimeterai dengan ayahandanya dahulu (1786 M) dan seterusnya membuat perjanjian baru dengan siam, baginda memohon agar elaun yang tertunggak sejak kedatangan baginda ke Pulau Pinang dibayar segera. Sila rujuk M/S 34 Buku Warisan Mahawangsa Kedah.

Tercatat: di samping enam pucuk surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II terdapat juga dalam kumpulan ini surat-surat yang di tulis oleh Putera Ligor yang memerintah Kedah sekitar tahun 1821 hingga 1839 masihi berpusat di Alur Ganu. Surat-surat itu ditujukan kepada pegawai-pegawai Inggeris di Pulau Pinang dan di tulis dalam tulisan jawi dalam bentuk surat beradat.
Surat tersebut membuktikan bahawa Putera Siam Ligor ialah Sultan Mudzafar Shah III Kedah sekitar tahun 1821 dan baginda masih bersemayam di Istana Kota Serjanna Alor Ganu, berhampiran Anak Bukit, Kedah. Surat ini bukannya dari putera Raja Thai Rama II Chakri Sokho Thai. 

Surat yang di tulis oleh Fullerton bertarikh 26 November 1827 masihi, menegaskan jika baginda Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah tidak berada di atas kapal yang akan membawanya ke Melaka pada jam 10.00 pagi esoknya (27hb November 1827). Segala hubungan baginda dengan kerajaan Inggeris termasuk segala bayaran akan di musnahkan mulai hari itu. Lihat buku Warisan Maha Wangsa Kedah,m.s 35 yang membuktikan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah adalah boneka penjajah Inggeris dan bukannya Sultan negeri Kedah. 

Seterusnya bukti Benua Siam Islam Kedah wujud awal dari tahun 638 masihi adalah dari buku catatan O.W.Wolters, Early Indonesian Commerce. Dalam tahun 638 masihi Kedah ada mengirimkan perutusan ke China yang dapat melambangkan entiti politik dan ekonominya. 
Dan terkemudian sekali pada tahun 1736, pengaruh Buddha datang ke Benua Siam Islam Kedah dibawa oleh Raja Buddha Rama Kha Meang Aluang Phraya datang dengan bala tentera Chakri Sokho Thai menubuh kerajaan Buddha Lanna Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang.
Pada tahun 1752 masihi mereka mengusir Raja Siam Tong Oo Maha Dammaiyaza dari Istana Mandalay ke Ayuthia Bangkok dan di wujud negeri Buddha Burma. (Burma bermakna Puak Pendatang). Selepas itu pada tahun 1758 masihi mereka mengusir Raja Siam Pho Chan dari Istana Ayuthia Funaan Siamreap Kemboja. Maka Raja Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Shah kembali ke negeri Kedah di Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah. Istana Ayuthia Funaan Siamreap yang di tawan oleh tentera Buddha Burma Lanna Chakri Sokho Thai terus di tukar dan dijadikan Wat Buddha. Hari ini ia terkenal dengan nama Angkor Wat. 

Seterusnya tentera Raja Buddha Burma Chakri Sokho Thai bersama Raja Buddha Aluang Phraya menyerang Ayuthia Bangkok tetapi dapat di tewaskan oleh tentera Raja Islam Benua Siam Kedah Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Benua Siam Kedah dan membunuh Raja Buddha Aluang Phraya pada tahun 1758 masihi maka tempat pembunuhan tersebut di gelar Taikala dengan bahasa Siam bermaksud, mati di bunuh.


Pada tahun 1767 masihi tentera Raja Buddha  Thai Burma mengepung Maha Raja Siam Islam Boromoraja V Ekataat, Syarif Yang DipertuanSiam Kedah di Kota Ayuthia Bangkok . 
Maka banyaklah tentera Raja Buddha Aluangphaya Sokho Thai Burma terbunuh di sekeliling Kota Ayuthia . Beberapa hari kemudian bau busuk tentera Raja Buddha Aluangphaya Sokho Thai Burma yang mati di bunuh mula merebak ke sekeliling Istana Kota Ayuthia. Bau yang terlalu busuk itu memaksa Raja Siam Islam Boromoraja menyusup keluar dari Kota Ayuthia bersama tentera dan pengawal peribadinya dan berundur ke Ligor. 
Baginda bersemayam di Istana Nambang Ligor pada tahun 1767 masihi. Raja Siam Ligor Nambang adalah juga Raja Siam Islam Dinasti Ayuthia ke 33 Boromoraja V Ekataat Syarif .Jika diteliti dan dianalisa, maklumat ini ada tersirat di dalam buku sejarah A History Of South East Asia  dan dalam m.s 43 buku Undang-Undang Kedah


#negara siam hak milik islam

Negara Siam asalnya bukanlah hak kerajaan Raja Rama Buddha. 
Mereka berasal dari puak Sukuthai yang menyerang dan menawan negeri Siam Islam dalam tahun 1767. Kewujudan bangsa mereka jauh terkemudian. 

Mereka adalah penjajah negara Siam Islam yang berasal dari keturunan Raja Merong Mahawangsa dari Kedah.

Negara Siam adalah hak mutlak Sultan Rijaluddin Muhammad Shah III Kedah 1424-1491 bergelar Paramewara di Melaka 

 Negara Siam berasal dari Benua Siam Islam Kedah. Nama raja-raja Siam Islam Kedah ada tercatat di dalam buku Undang-Undang Kedah. Di dalam buku tersebut ada manuskrip bertulisan jawi tentang kesultanan Benua Siam Islam Kedah. Terdapat pelbagai lagi bukti-bukti yang nyata lagi kukuh, contohnya  THE SUMA ORIENTAL OF TOMES PIRES.

The land of Malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts called China.
Dari bukti bukti tersebut (Burma @ Myanmar) adalah Hak Raja Siam Toung Oo Maha Dammaiyaza Syarif Yang Dipertuan Benua Siam Kedah yang di rampas oleh Raja Buddha Aluang Phraya Burma pada tahun 1752 berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Marhum Kota Palas, Pulau Langkawi. 
Thailand adalah HAK Raja Siam terakhir Dinasti Ayuthia 1767 Masihi Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan  Benua Siam Kedah. Benua Siam Kedah dirampas oleh Raja Buddha Aluang Phraya Burma Lanna Chakri Sokho Thai pada tahun 1767 dan melantik Jeneral Rama I Chakri Sokho Thai untuk menjadi Raja thai pertama yang beragama Buddha pada tahun 1782 Masihi
Perkataan Siam adalah dari bahasa Arab 'Sumu ul Amir' yang bermakna satu bangsa raja darjat yang tinggi mulia. 
Yang dimaksudkan perkataan
Sumu ul Amir ialah
Raja Iskandar Zulkarnain, Maha Raja China
yang membina tembok besar negeri China yang pertama dahulu.

Nama Raja Iskandar Zulkarnain ada disebut dalam undang-Undang Kedah. Kebanyakkan fakta sebenar salasilah Kesultanan Kedah telah diselewengkan oleh sama ada ahli sejarah yang tak berpengetahuan tentang sejarah sebenar dan tidak tahu bahasa siam (bukan bahasa Tai), atau penulis upahan dari pihak tertentu.



#melayu rumpun siam

Antara Kejatuhan dan konspirasi... Ada pendapat mengatakan bahawa raja-raja Ayuthia dizaman dahulu itu bukannya beragama Islam. Untuk itu kita lihat Undang-Undang Kedah ms 36,

Demikianlah zaman raja-raja yang dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja di Benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan (teks jawi) Ayat ini menunjukkan bahawa raja-raja Siam (banyak) di benua Siam beradat sejak zaman berzaman lagi dan adat yang digunakan adalah berteraskan kepada peraturan dan kehendak agama islam seperti tercatat dalam Undang-Undang Kedah.

Bahasa Siam Cau Phaya Kersan, bermaksud Tuanku di garisan yang kedua atau lebih mudah difahami lagi Timbalan Yang Di Pertuan Agong. Dalam Undang-Undang Kedah tidak langsung menyebut tentang bahasa Thai kerana bangsa mereka ini bukannya beragama Islam.

Yang disebut ialah bahasa Siam dan Benua Siam dalam buku Undang Undang Kedah yang menceritakan undang-undang Islam dan ditulis menggunakan teks jawi, iaitu huruf dari Al Quran. Sebelum ini kami telah menceritakan bahawa kejatuhan pusat pemerentahan Benua Siam di Ayuthia dalam tahun 1767 adalah disebabkan oleh pembelot iaitu general kepada Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan, telah bertindak memihak kepada Burma.


General ini yang bernama Mokhtar Hussain dikenali sebagai Pija Tak Sin adalah  raja  diselatan Ayuthia. 
Sebelum  itu dalam tahun 1758 berikutan kematian Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Marhum Kota Palas, Pulau Langkawi, kesempatan ini digunakan oleh Aluangphaya untuk menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma (juga sebahagian dari wilayah Kerajaan Benua Siam ketika itu, lihat peta). 
Pada masa itu Toung Oo diperintah oleh Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan dan baginda dikenali sebagai Mahadammaiyaza Dipati. Dengan itu kita boleh katakan bahawa Burma hanya wujud selepas tahun 1758. 
Berikutan serangan tahun 1758 itu Alaungphaya telah berjaya mengalahkan tentera Toung Oo dan Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan berundur ke Ayuthia. Serangan kedua pula diatur dengan kerjasama pembelot Pija Thak Sin dalam tahun 1767 dan Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan telah berundur ke Istana Nambang Ligor di Nakhon Si Thammarat.
Sebaik saja wilayah Ayuthia tumbang Tak Sin telah melantik dirinya sebagai raja Ayuthia. Perlantikan ini bukan sebagai Raja Benua Siam kerana wilayah Ayuthia sahaja yang telah ditawan. Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan telah berundur ke Ligor dan bersemayam di Istana Siam Nambang di Nakhon Si Thammarat sementara menanti Istana Kota Meang Kuang siap. Pihak tentera Raja Buddha Burma Alaungphaya juga menyerang anakanda Sultan Syarif Abu Bakar Syah iaitu Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah yang bersemayam di Kota Ayuthia Funaan Siamreap dan menjadi Raja Kemboja Cempakasari disana. Dalam pertempuran sengit inilah Raja Buddha Lanna Sokho Thai AluangPhaya terbunuh disatu tempat yang kemudian diberi nama Thaikala. Thaikala ialah bahasa siam bermakna, Mati dibunuh.

Dalam tahun 1781 Pija Tak Sin telah di isitihyarkan gila dan dia telah dihukum bunuh dengan cara dibungkus kepalanya dan bahagian belakang kepala dipukul dengan kayu hingga mati. 
Pihak Burma dibawah Raja Alaungphaya telah bersetuju melantik Yotfa Chulalok, seorang general menerajui takhta Ayuthia.
 Dia kemudiannya menaikki takhta kerajaan Ayuthia dan bergelar Rama I.Cop mohor yang pernah diberikan oleh Maharaja China Manchu Islam kepada raja Siam Islam yang memerentah telah di palsukan. Cop mohor asal telah dibawa oleh Syarif Yang Di Pertuan menyebabkan mereka ketandusan cop resmi untuk berurusan dengan Maharaja China Manchu Islam itu.

Oleh itu mereka perlu menyerang Syarif Yang Di Pertuan dan merampas kembali cop kerajaan, bunga mas dll kembali untuk membuktikan merekalah yang berkuasa. Ini mereka lakukan dalam tahun 1821 berikutan serangan Musuh Bisik keatas Kota Meang Kuang. Mereka merampas cop mohor, Bunga Mas dan lain-lain peralatan di Raja.
Dengan itu hari ini kita menyangkakan Bunga Mas itu dihantar kepada mereka di Ayuthia.

Perubahan dalam pentadbiran kerajaan cuba disembunyikan dari pengetahuan Maharaja China Manchu Islam oleh orang-orang China kaya yang berpengetahuan. Penangguhan ini disebabkan ketiadaan cop mohor dalam urusan surat resmi.

Buddha Yotfa Chulalok Rama I cuba menipu Maharaja China Manchu Islam dengan menggunakan nama utama (surname) dari keturunan Laksemana Cheng Ho yang hari ini kita semua tahu beragama Islam. Kenapa Laksemana Cheng Ho dan tidak nama raja lain yang pernah memerentah Benua Siam Islam? Mudah sahaja, kerana Rama Tibodi II Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (bergelar Parameswara di Melaka) telah berkahwin dengan adik perempuan Laksemana Cheng Ho dan hari ini kita kenali nya sebagai Puteri Lindungan Bulan. 
Nama baginda Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan baginda bersemayam di Kota Naga berhampiran Jitra Kedah. Naga disini sebagai simbol Maharaja China bermaksud baginda adalah Raja Besar Benua Siam. Makam baginda terletak di Kota Si Putih. Si Putih yang dimaksudkan disini adalah adik Laksemana Cheng Ho, Puteri Lindungan Bulan.






 #

 ASAL USUL BANGSA SIAM  BAHAGIAN I
Oleh T. Nai Long Kasim Ibni T. Nai Long Ahmad.


 Saya ingin menceritakan semula sejarah bangsa Siam Islam agar dapat dijadikan rujukkan dan penyelidikkan oleh peminat sejarah di Malaysia kemudian hari, sepertimana diwasiatkan kepada saya hampir 50 tahun yang lalu.
Artikel-artikel kami sebelum ini telah menegaskan dengan lantang, bahawa bangsa Thai di Thailand hari ini bukanlah berasal dari bangsa Siam Islam yang kini menetap di negeri-negeri di Utara semenanjong Malaysia. Sejarah bangsa Siam ini (Xi'an, Chinese: 西安; pinyin: Xī'ān; Wade-Giles: Hsi-An; Postal System Pinyin: Sian; Portugese: Siam) seperti yang diwasiatkan kepada saya, ada tercatat didalam Al Quran. Kita teliti Al-Quran, surah Al Khafi ayat 94  98 seperti berikut, Ayat 94, Mereka berkata: wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? Ayat 95, Dia menjawab: (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Ayat 96, Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya. Ayat 97, Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. Ayat 98,(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Izinkan kami menceritakan sejarah yang kami ketahui. Walau ada banyak 'version' yang kita boleh baca hari ini, izinkan kami menceritakan 'version' kami pulak. Bagi kami Surah Al Kahfi menceritakan sejarah Raja Iskandar Zulkarnain (Cyrus the Great) pendakwah agama Allah dari bangsa Siaman China. Perkataan China (Chey Na), adalah dari bahasa Siam bermakna Datuk Petunjuk yang bermaksud pendakwah agama yang memberi petunjuk agama Allah kejalan yang benar dan lurus. Bangsa Siam ketika itu adalah satu bangsa di negeri China, tinggal disebuah tempat bernama Saimen (xian) dizaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain.
 Orang-orang Arab dizaman dahulu menggelar bangsa Saimen ini sebagai Sumu Ul Amir. Sumu Ul Amir bermakna satu bangsa darjat yang tinggi berketurunan raja. Gelaran ini diberikan oleh kerana Raja Siam Iskandar Zulqarnain adalah berasal dari keturunan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Daud yang di anugerahi oleh Allah SAW kitab Zabur. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripada nya, Surah Al Kahfi, ayat 90. Allah telah memerintahkan Raja Iskandar Zulqarnain supaya menyampaikan agama Allah kepada kaum yang zalim dan syirik, menyembah-berhala dan saling berbunuh-bunuhan diantara satu sama lain. Apabila Iskandar Zulkarnain sampai di Asia, dua bangsa yang bermusuhan saling bunuh membunuh antara mereka ialah bangsa Nyajud (Buddha) dengan bangsa Majud (Confucius). 

Iskandar Zulqarnain dan pengikutnya telah berjaya menyampaikan agama Allah kepada bangsa Majud seterusnya menjadi raja kepada bangsa Majud tersebut.
Majud dalam bahasa Siam Kedah bermakna mari berhenti, iaitu berhenti dari melakukan kerja-kerja khurafat dan sebagainya. Bangsa Majud menerima agama Allah apabila seruan agama tiba dibawa oleh Raja Iskandar Zulkarnian dan pengikut-pengikutnya. Hadis riwayat Imam Ahmad menerangkan Yakjuj dan Makjuj bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah penduduk Asia Tengah. Ada ulamak mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dari benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90, sampai di tempat terbit matahari atau timur dunia.
 
Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul. Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus ada sehingga ke hari ini tetapi dipisahkan daripada dunia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Huraian hadis diatas bagi kami adalah benar jika kami rujuk kepada wasiat yang sedia ada. Allah mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayamnya Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud kawasan dia. Dari kitab Al-Quran surah Al-Khafi ayat 96 diatas, menceritakan secara tersirat bagaimana Allah mengujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China membina tembok besar dan ia menghembuskan api kepada bangsa Nyajud yang mengganas ketika itu. Apakah makhluk ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na Ghka) yang dijadikan oleh Allah. Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut sedangkan kita tahu Burung gergasi yang membawa batu dari neraka pun mampu dijadikan oleh Allah, memusnahkan tentera bergajah. Dalam bahasa siam Na-ghka bermaksud, Datuk-Bunoh. Dengan itulah orang-orang China menjadikan Naga sebagai lambang kekuatan Maharaja China. Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnian siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah iaitu Nyajud telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet tempat bangsa Yajuj ini tinggal, dalam bahasa Siam bermakna, tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam).

Bangsa Majud terus menetap dan menjadi bangsa Saimen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian .Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah ini dikatakan sebagai bukan islam. Akan tetapi sewaktu memerentah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucuis dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapa pula buku Confucius yang dimusnahkan?, kerana puak Nyajuj telah berpindah ke Tibet dan saki baki pengikut Confucius masih lagi ada di Negeri China ketika itu. 
Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian keagamaan malah cuba mencari kehidupan abadi namun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi diketahuinya melalui peringkat awal agama Islam dahulu.

 Pendapat kami mengatakan Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan Jin, satu makhluk yang mungkin turut membantu pembinaan tembok besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid. Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam dan ini mungkin menyebabkab seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa.

Kita pun pernah mendengar kisah-kisah ulamak-ulamak Karamah dan orang-orang Islam Maunah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata sahaja, pedang terbang dizaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib dibawah dua Kalimah Syahadah terdiri dari tentera alam atas dan bawah dll. Ini kami tiada bukti, sebab tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat la hawlawalla ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca disini untuk direnungkan sahaja.

 Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini (lihat Rukun Iman) kerana Allah pun Ghaibulguyup. Kalau kita tak percaya, mungkin kepercayaan kita kepada Allah akan terjejas juga. 

Masa pun berlalu beberapa abad lamanya dan agama Allah menjadi pudar semula di negeri China(700 tahun lebih). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Mohammad SAW, Saad Bin Waqas telah diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maha Raja Siamen China, Sai Ti Song (650 masihi). Maha Raja Siamen China Sai Ti Song dengan mudah telah menerima agama Islam kerana telah mengetahui kisah Raja Zulkarnian yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman dahulu. Baginda memerentahkan putera baginda Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.Khen Jang (Qinqiang, rujuk daerah Shaanxi di China) adalah dari bahasa Siam bermakna naik jangkah. Maha Raja China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong pula kemudiannya telah memerintahkan kepada putera sulongnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiyah ke Semenanjung Tanah Melayu manakala putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) pergi berdakwah Islamiyah ke Vietnam (bagi yang berminat elok juga siasat siapa Jayavarman I dari Empayar Chen La).




Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, sekiranya anakanda sampai kepada satu gunong, dimana terdapat tinggalan istana dan masjid di punchaknya, maka, anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita.
Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam bermakna, Naga Laut Pembesar Puak Tentera (bangsa Harimau). Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu, a) Ser-meang (Semang) bermaksud Tentera Negara. b) Ser-kai (Sakai) bermaksud Tentera Berniaga. c) Ja-khon (Jakun) bermaksud Orang Perubatan. d) Bo-ro-mobermaksud Puak Berpengetahuan Alim Ulama. Kami tidak mahu mengaitkan dengan orang-orang asli yang rata-rata terdapat di semenanjong, tetapi itulah hakikat sebenar maksud perkataan diatas. Raja Siamen China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong memberi surat Kedah (watikah) kepada Puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang di maksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai pada satu gunong dan mendarat dikawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya telah mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan. Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, Surat Kuasa Pemerintah(watikah). Ser-ma-nan-jong bermaksud, Tentera-yang datang-lama-tergantong, tha-naa bermaksud, menunggu-datuk maa-la-yoo bermaksud, mari-lah-duduk Bangsa Siam telah menuruti jalan kearah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Noh Alaihissallam, berketurunan Wali Al Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Noh berlabuh setelah air bah surut, iaitu sebuah gunung di gelar Gunung Jodi mempunyai maksud dalam bahasa siam iaitu tempat duduk yang selamat. Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Noh turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi. Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah seperti berikut, Bangsa Iraq (E-raq) bermaksud Kawan Baik Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud Tegor Menegor (dalam Ahli Bahtera Nabi Noh) Parsi bermaksud Bawa Kitab Seruan Agama Islam Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al Khafi ayat 86, Allah memerintah kepada Raja Iskandar Zulqarnian menyeru ke agama Islam dengan membinasakan mereka kaum kafir atau menjadi tawanan. Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka. Al Khafi, ayat 86. Jika kita renungkan ayat diatas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur. Bahasa siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang mana tidak ada makna langsung dalam bahasa melayu hari ini. Ada pakar bahasa mengatakan ia adalah bahasa Pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa Pali membawa kepada bahasa kawi membawa kepada jawi dan akhir sekali rumi sepertimana tulisan diblog ini. Begitu uniknya bahasa Siam ini, kami berpendapat ia haruslah dibuat kajian oleh pakar bahasa di negara kita hari ini. InsyAllah sudah ada pihak yang sedang mengusahakannya. Nyajud dan Majud dari perkataan Siam Islam yang kami ceritakan disini berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah SAW . Kelahiran kedua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang kami tidak ketahui sepenuhnya, walaupun ada sedikit maklumat. Bukan disini tempatnya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat penilaian kerana tugas dan amanah untuk menceritakan semula sudah dijalankan. Walau bagaimana pun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas. Wallahualam.

#
 
ASAL USUL BANGSA SIAM  BAHAGIAN II
Oleh TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

 Sejarah berlaku dimana tentera Benua Siam tersebut berangkat datang lebih awal ke Tanah Melayu Kedah dan menunggu Raja Merong Maha Wong Ser yang datang kemudian. 

Kedatangan Raja Merong Mahawangsa bukannya dengan menaikki perahu atau kapal kecil tetapi diiringi oleh beribu orang tentera dan berpuluh-puluh kapal laut. Apabila tiba dalam tahun 175 hijrah, baginda telah mendapatkan maklumat daripada tentera Islam Benua Siam Kedah yang telah mendaki gunong tersebut sebaik tiba (sekitar kawasan Yan). Mereka memaklumkan bahawa mereka telah terjumpa runtuhan bangunan Istana Ayutia milik Wali Al-Mustapa yang pernah di tenggelami oleh air laut pada zaman Nabi Noh Alaihissallam dan sebuah Masjid di puncak gunong tersebut (tapak istana ini masih ada di km3 Gunung Jerai dan sementara masjidnya telah diroboh dan dibina rest house oleh penjajah inggeris). Sebaik tiba dan mendarat di daerah Yan, Merong Maha Wong Ser bertanya dalam bahasa Siam kepada tenteranya yang datang menyiasat lebih awal, Joo-rai? bermakna, siapa-duduk?. Lantas, hingga ke hari ini gunong tersebut dikenali sebagai Gunong Jerai. Saya sendiri telah pergi melawat istana tersebut, masih ada lagi kelihatan 'tile' dan anak tangganya. Kenapa tidak dibuat kajian atau carbon dating?. Tahukah saudara/i bahawa batu bersuratnya, tertulis "Aey ne (Ini)...", dibawa ke Muzium Taiping oleh Inggeris.
Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9[1]. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu (jangan percaya pendapat penjajah ni). H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi[2]. Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong .    I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab 'in situ' kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894[3]. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencilkan dan menyepikan penemuan ini dari hebahan.

...Baginda lantas mengarahkan penempatan baru segera dibuka dikawasan rata bersebelahan yang mana hari ini dikenali sebagai Sungai Mas. Meraka membina candi-candi yang sebenarnya merupakan kubu-kubu tentera Benua Siam Islam Kedah dan membina sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Kuala Muda dan sebuah Istana di Sungai Mas (Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda Kedah berhampiran Sungai Petani hari ini). Bahan binaan Kota Kuala Muda, bata leper dan lebar, sama saja dengan bata yang digunakan untuk membina candi yang dijumpai di Lembah Bujang. Tulisan ayat suci Al Quran pada arch pintu gerbang tersebut telah dipahat buang (lihat gambar dibawah). 

Merong Maha Wong Ser bertanya kepada bapa mertuanya iaitu Wali Allah, Syed Jamal Al Jafri berkenaan istana yang dijumpai oleh tenteranya di atas gunong Jerai tersebut. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kisah Nabi Noh seperti mana tertulis di dalam Kitab Al-Quran. Surah Hud ayat 40- 48. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kepada menantunya, Merong Maha Wong Ser kisah anakanda Nabi Noh yang beriman pada Allah, bernama Wali Al Mustafa yang bersemayam di istana Ayutia Gunong Jerai Kedah dan Iskandar Zulkarnain, Raja Saiman China adalah dari keturunan Putera Nabi Noh Wali Al Mustafa yang bersemayam di Istana Ayutia di Gunong Jerai Kedah. Istana dan masjid ini lah yang menjadi milik Wali Al Mustapa sebelum banjir besar menenggelamkan gunung tersebut. Puteri Syed Jamal Al Jafri yang bernama Sharifah Mariam Pinang Tunggal (Tok Soh) adalah permaisuri kepada Raja Merong Maha Wong Sa. 

Di kawasan Sungai Mas, sememangnya ada sebuah istana di atas sebuah bukit bernama Bukit Mariam akan tetapi dibuat cerita tahyul pasal Meriam yang besar jatuh kedalam sungai pula. Istana disitu dikatakan milik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin halim Syah. Tengok lah sendiri, istana zaman bila, raja daerah tadi zaman bila pula, tak ada kaitan langsung. Perkahwinan Merong Maha Wong Ser dengan Sharifah Mariam Pinang Tunggal (pi-nang-tung-gal bermaksud, jadi-permaisuri-tunggak-negara) dikurniakan seorang Putera bernama Syed Jamalul Alam Badrul Munir dan digelar dalam bahasa Siam sebagai Phodiset. Pho-diset bermakna lelaki-terbaik. Phodiset apabila dewasa telah memperluaskan empayar ayahanda baginda. 

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, baginda telah membuka negeri baru dan di namakan negeri itu Siam Lanchang yang kini terletak dalam negara Thailand (lihat peta, terletak di utara Bangkok sebelah kanan). Lanchang (lan-chang) bermaksud Gerak Bijak, satu tindakan kearah dakwah Islamiyah tanpa pertumpahan darah. Siam Lancang adalah sebuah negeri Islam dan bersambung dengan wilayah ayahandanya di Kedah yang meliputi seluruh semenanjung dan kemudiannya dinamakan Malaka (tengok peta lama). Ma-la-ka bermaksud marilah niaga dan ma-la-yu bernaksud, marilah duduk sini.

Perkataan Lanchang ini, masih lagi digunakan sepertimana lagu melayu, 
 Lancang Kuning belayar malam,
 haluan menuju ke laut dalam,
 kalau nakhoda tidaklah faham,
 alamat kapal akan tenggelam. Kenapa tak dikatakan lancang hijau atau biru? Mudah sahaja, kuning adalah warna Maharaja China, lebih dulu digunakan maharaja mereka berbanding raja-raja Melayu. Saya katakan disini, orang-orang Melayu dulu sememangnya pandai, maksud mereka tersirat dan mendalam. Yang bodohnya mereka-mereka hari ini (bukan saudara) yang banyak pakai logik dalam kehidupan seharian dan enggan menerima hakikat sejarah realiti bangsa sendiri.

Antara lain, senikata lagu rakyat, 
"akan ku rampas walaupun di mulut naga" (perebutan kakasih) menunjukkan kepercayaaan sebegitu tetap ada dalam masyarakat kita zaman dahulu. Thailand hari ini adalah sebahagian dari negeri Siam Lanchang Islam di zaman Podiset Syed Jamalul Alam Badrul Munir (lihat gambar dibawah). Negeri Siam bukan dibuka oleh Raja Chakri Rama I Chulalok, bukan dibuka oleh Raja Khamheng Sukuthai tetapi oleh Raja Siam Islam bernama Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa. Dari mereka lah turunnya Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Nik, Megat, Meor, Nyak, Long, Raden, Koya, Ngah dan kita semua orang-orang melayu pada hari ini. 

Sekiranya keturunan kita tidak berkahwin campur dengan mereka dahulu kerana berada jauh di pedalaman, mungkin, saya kata mungkin, agaknya kita hari ini jadi seperti orang-orang Penan di Borneo, masih lagi memakai cawat. Renungkanlah. Seterusnya anakanda baginda, Saiyidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh dalam tahun 222 hijrah bersamaan 812 masihi (lihat gambar makam didalam hutan) seperti mana tercatat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-Undang Kedah, Transliterasi Teks Penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2005. Dengan sebab itulah Hikayat Merong Mahawangsa ini dirampas lalu dibakar oleh penjajah Thai dahulu sewaktu menyerang dan membunuh Syarif Yang Di Pertuan di istana Kota Meang Kuang dahulu, takut diketahui umum kisah sejarah sebenar. Puak Thai yang tidak dijemput ke blog ini mengatakan kami meng'hijack' sejarah mereka, pada hal mereka lah penyamun yang mencuri sejarah bangsa Melayu keturunan Siam hari ini. Mereka membuka blog lain untuk menghentam kami sebab mereka takut dan bimbang rahsia ini diketahui umum. Tulisan mereka tidak ada isi, malah maki hamun dan terjemahan bahasa thai dikelirukan dengan bahasa Siam. Mereka sendiri tidak tahu identiti mereka.

Nampak gayanya, puak Nyajud (Yakjuj) ini masih lagi menjalankan kerja-kerja datuk nenek mereka zaman dahulu. . Bagi yang baik dan mengetahui, mereka tidak mahu mengaku mereka orang thai tetapi tetap berpegang mereka adalah orang siam, sebab itu adalah hakikat sebenar sejarah, dan mereka pun tahu. Kami sanjung tekad anda kerana walau hari ini kita berlainan agama tetapi kita tetap sebangsa asalnya, iaitu bangsa Siam yang pernah menjadi rakyat Nagara Benua Islam Siam Kedah. Lihatlah sendiri rupa paras anda, penguasaan bahasa Kedah anda, tidak bezanya dengan orang Melayu disini. Situasi yang sama boleh kita lihat di Indonesia dimana bukan semua orang Melayu berketurunan Jawa itu beragama Islam. Ini jelas. Sekarang ini saya mohon kerjasama semua pembaca diblog ini sila hebahkan, kepada semua rakan-rakan, saudara mara, semuanya patut dan berhak tahu kisah sebenar bangsa kita, jangan ditutup lagi kerana ramai penduduk di Thailand termasuk pemimpin mereka sudah tahu, melalui kajian mereka sendiri. Tak ada apa yang perlu ditakutkan, kita bangsa yang merdeka. Hebahkan semasa pekena teh ke, kenduri kendara, berjumpa dihari raya dll. Sila hebahkan atau jadikan topik perbincangan. Di persilakan print dari blog ini muka surat tersebut, tapi jangan lupa untuk jemput mereka datang, bagi pihak kami ke blog ini. Kembali kepada sejarah, Makam Saiyidina Ali Wal Maulana Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Makam Langgar Tanjong Inggeris Kota Setar Kedah, tidak jauh dari makam cucundanya, Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah. Batu nisan bertulis huruf Kawi Siam dengan nama Shiekh Abdul Khadir Hussin Syah Ali Rah bersamaan tahun 904 masihi, juga dari keturunan baginda masih jelas tertera di batu nisan. Di kawasan ini masih terdapat kubu candi tentera Benua Siam Islam Kedah yang tidak diroboh oleh penjajah dahulu. Kenapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah tidak datang menyiasat?




ASAL USUL BANGSA THAI Oleh TNL Kasim Ibni TNL Ahmad Kami telah menceritakan bagaimana negeri Siam Lancang dibuka sepertimana tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa (lihat gambar dibawah). Negeri Siam Lancang dibuka oleh Raja Siam Islam bukan oleh Raja Thai. Raja Siam beragama Islam sementara Raja Thai beragama Thevarada Buddha.

Bangsa Thai berasal dari Tibet iaitu bangsa Nyajud yang lari dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain dahulu. Sejarah bermula apabila Raja Nyajud Buddha Aluang Phraya dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet lalu menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736 masihi bermula dengan berbaik-baik, bangsa Thai memasukki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayutia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah masih lagi memerentah. Nama baginda ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17 bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia dan baginda bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.  
Usaha ke arah mengubah sejarah ini telah dijalankan bukan semenjak zaman Rama I yang terkenal sebagai penulis malah turut disambung dizaman Mongkut juga. Strategi yang sama turut digunakan Inggeris, dalam usaha mereka memadam tamaddun Islam di nusantara ini. Pada tahun 1752 masihi bangsa Thai menyerang Raja Siam Toung Oo, Maha Dammaiyaza (Dipati) Syarif Syah yang ketika itu bersemayam di Istana Ayuthia Mandalay. Mereka menukar nama Negeri Siam Toung Oo menjadi negeri Burma. Burma dalam bahasa Siam bermaksud Puak Pendatang. Maha Dammaiyaza Syarif Syah berpindah balik ke Ayuthia dari Toung Oo. Baginda adalah anakanda kepada Cau Pija Si Thammrat, Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Pada tahun 1758 masihi, berikutan kemangkatan Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, mereka mula bertindak dengan cara mengepung serta mengusir Raja Siam Kamboja, Pho Chan Sultan Mud Zafar Syah III, anakanda kepada Maha Raja Siam Dinasti Ayutia, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia yang mana ketike itu memerentah di kemboja di Cempakasari. (Kami ingin mengingatkan bahawa Maha Dammaiyaza (bahasa Arab ni) Raja Toung Oo, Boromoraja V Ekataat dan Syarif Yang Di Pertuan, adalah orang yang sama). Baginda Po Chan ini menjadi Raja Islam di Kamboja Cempakasari. Dalam peperangan dengan Raja penjajah bangsa Thai ini, Aluang Praya dari Burma ini berjaya di bunuh oleh tentera Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh di sebuah tempat yang kemudiannya di gelar Taikala. Taikala (tai-kha-la) adalah bahasa Siam bermaksud Mati di Bunuh. Po Chan bersama pengikutnya kembali ke Kedah dan ditabal menjadi Raja Kuala Kangsar dan hari ini kita mengenali baginda sebagai Sultan Mudzaffar Syah III, Perak atau Raja Kemboja. During the reign of the Vietnamese king, Minh Mng, the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, P Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur'an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages.  Pada tahun 1767 masihi tentera Buddha Chakri Sokho Thai menyerang Kota Ayutia, tempat bersemayamnya Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Baginda kemudiannya berundur ke Ligor dan kembali ke Kedah. Pada tahun 1782 masihi Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai melantik anak menterinya, Chula Lok (bermaksud anak-menteri) menjadi Raja Thai Rama I Ayutia negeri Siam (thai menjajah negeri Siam). Rama I (reigned 17821809) had been born of a Thai father  a relatively minor Ayudhyan official though of aristocratic lineage  and a Chinese mother. History of South Asia, Asean Focus group. Pada tahun Musuh Bisik 1821 masihi Kedah pula diserang oleh Rama II Chakri Sokho Thai. Tentera Raja Buddha Bangsa Thai ini telah datang khas untuk membunuh Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V, Ekataat Syarif Yang Di Pertuan yang pada ketika itu bersemayami Istana Ayutia Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah. Rama IV Chakri Sokho Thai Mongkut menukar nama negeri Siam kepada nama Thailand sempena nama bangsa mereka, Sukho Thai. Mereka tidak berpuas hati kerana Po Chan Sultan Mudzaffar Syah III masih hidup dan mempunyai zuriat. Zurat baginda ialah Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Seterusnya pada tahun 1876 masihi tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah dan mereka terus menjajah negeri Kedah selama lima tahun. Mereka bersama dengan penjajah Inggeris menutup salasilah Long Jaafar di Larut Perak. Semasa penjajahan itulah mereka meroboh Istana Ayutia Maha Raja Benua Siam Kedah, berjumlah lebih dari lima belas kesemuanya bagi menghapuskan bukti-bukti sejarah bangsa Siam Islam dan sejarah Islam di Kedah. Pada tahun 1881 masihi Raja Chakri I Thailand melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Kedah dan dikahwinkan dengan puteri kerabat di raja Thailand (sebagai tanda terima kasih menghapuskan Sultan Jaafar Muadzam Syah, keturunan Maharaja Siam) Mak Inchik Manjalara serta membina sebuah Wat Buddha di Kampung Bakar Bata di Alor Setar Kedah dinamakan Wat Kanchut. Baginda menceraikan isteri pertama baginda, Sharifah Sofiah (keturunan Maharaja Siam Islam) walaupun mempunyai seorang putera iaitu Tunku Badlishah, ayahanda kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah hari ini. Pada tahun 1909 masihi Raja Buddha Thailand menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu kepada pihak Inggeris. Mereka tidak menyerahkan Patani tetapi telah meletakkan raja-raja yang dilantik dari keturunan mereka di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, berikutan campur tangan TNL Mahmud, Tunku Badlishah menaikki takhta kerajaan Kedah sebagai Sultan Kedah. Ini berlaku kerana Sultan Abdul Hamid mangkat dizaman Jepun dan penjajah Inggeris tidak ada ketika itu. Jepun dikatakan menyerahkan kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada Siam tetapi Siam yang mana?, Siam Islam Kedahlah, bukan thai yang menjajah negeri Siam sekarang ini.



Dengan itulah, TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabal Sultan Badlishah, menaikki takhta menjadi Sultan Kedah. Inilah sejarah yang digelapkan oleh Inggeris sekembalinya mereka dalam tahun 1945 dan bermulalah propaganda mereka memburukkan tentera Jepun padahal mereka dan thai lebih kejam daripada Jepun yang cuma berada disini selama 3 tahun sahaja. Penjajah Inggeris dari Fort Cornwallis, Pulau Pinang telah membekalkan gun powder kepada Thai (1876-18810), menggunakan tenaga buruh dari India untuk menghapuskan bukti tamadun Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terdapat di negeri Kedah (Lembah Bujang) dan Perak (Kota Bruas). Inggeris membantu tentera thai merobohkan istana-istana, menukar nama candi bangsa Siam islam kepada candi beragama Hindu dan menanam patung-patung hindu yang dijumpai oleh ahli arkeologi mereka di India untuk mengaburkan pengkaji sejarah kita hari ini. Hari ini, sempena 50 tahun merdeka kehadiran mereka penuh tangisan kerana mereka menyangka Malaya ini tak boleh jadi maju. Alangkah terkejutnya mereka melihat kemajuan negara kita hari ini. Kepada mereka yang menjalankan konspirasi menutup kebenaran agama Islam di Nagara Kedah, kami yakin Allah meyediakan tempat khas untuk mereka kerana menutup bukti-bukti kebesaran dan penyebaran agama NYA.















Posted 19 January 2008 - 04:27 PM
BANGSA RAJA NYAJUD Kami ingin menceritakan semula sejarah Nyajud ini dengan tujuan untuk melihat semula sejarah bangsa Islam keturunan Siam, bukannya prajudis pada mana-mana agama. Kami percaya, semua agama mengajak kepada kebaikkan, yang menjadi masalah ialah sikap penganut agama sahaja. Nyajud adalah dari bahasa Siam bermaksud, jangan berhenti. Jangan berhenti ini ialah, jangan berhenti dari menyembah berhala dan melakukan kerja-kerja khurafat. Sikap bangsa Raja Nyajud sebagai bangsa yang zalim, menggunakan kekerasan, mengganas dan merampas harta benda bangsa lain, membunuh dan sebagainya ada di terangkan dalam kitab Al-Quran jauh lebih awal. Sejarah juga telah membuktikan kekejaman mereka apabila mereka menyerang negeri Patani dan Kedah. Tahanan perang diikat telinga (ditebuk) secara berangkai dengan menggunakan rotan, diikat pada pucuk rebong yang sedang tumbuh, kanak-kanak dan orang-orang tua di pancung, ibu yang mengandung ditoreh perut untuk melihat anak dalam kandungan sebagai taruhan perjudian mereka. Kisah ini, walau tidak diperkatakan oleh orang Melayu dinegeri lain, masih diingati oleh penduduk-penduduk di Kedah, Kelantan dan Perlis hari ini. Janji Allah dalam Surah Al-Kahfi akan pasti dikabulkan, Ayat 98, (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar. Ayat 99, Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar. Ayat 100, Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata. Kota Ayuthia Shahrul Nuwi yang di bina pada tahun 1350 masihi oleh Rama Tibodi I, Sultan Mandalika Mad Zafar Syah ibni Sultan Mohammad Syah Yang Adil (bergelar Narasuan,yang mana wang emasnya di simpan oleh Muzium Negeri Kedah) telah ditutup bukti keislamannya dan dikatakan pula raja-raja siam itu bukan beragama Islam. Hari ini pun di sekitar runtuhan bandar Ayuthia terdapat ramai penduduk yang beragama Islam tetapi mereka diwajibkan menggunakan nama Thai. Anehnya, mereka ini takut memperkatakan sejarah mereka, bercakap sebagai responden pun dengan berbisik-bisik sahaja. Sekiranya thai itu bermaksud bebas, mengapakah orang-orang islam disana dilarang menggunakan nama Islam, sedangkan rakyat bukan islam di Malaysia dibenarkan menggunakan nama mengikut kepercayaan masing-masing. Itu baru bebas namanya. Tidakkah mereka tahu bahawa keturunan Raja Rama Chakri I  VI telah gagal membunuh kesemua waris Maharaja Benua Islam Siam. Mereka ini masih ada dan akan terus membuat pendedahan berdasarkan wasiat yang di simpan dan bukti penulisan demi kebenaran agama Islam. Rama Tibodi I, Sultan Mandalika Mad Zafar Syah Kedah telah membina Kota Dinasti Ayutia pada tahun 1350 masihi dan sehingga pada zaman Cau Pija Boromoraja V Ekataat, Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tahun 1767 masihi didalamnya siap terbina 21 buah masjid untuk penganut agama Islam menjalankan ibadah. Pihak Tentera Raja Bangsa Thai Burma (Kerajaan Buddha Lanna Thai) mengusir Maha Raja Benua Siam Islam dari Ayutia dan baginda kembali ke Ligor dan kemudiannya ke Kedah. Baginda dibunuh dalam tahun musuh bisik 1821, 54 tahun setelah Ayuthia ditawan thai. Pada tahun 1782 masihi mereka melantik Jeneral Tentera Sokho Thai menjadi Raja Bangsa Thai dan di gelar Rama I Chulalok, Chakri Sokho Thai. Mereka meroboh tamadun Maha Raja Benua Siam Islam dan membina patung-patung Buddha di dalam Kota Ayutia Siam. Alhamdulillah mujurlah Masjid Ton Sun Bangkok yang dibina oleh Raja Siam Dinasti Ayutia Rama Tibodi I Sultan Mad Zafar Syah Kedah pada tahun 1350 Masihi masih wujud dan sekali gus menjadi bukti kehebatan agama Islam dizaman Maharaja Benua Islam Siam Kedah memerentah dari Ayuthia.






















Posted 19 January 2008 - 04:28 PM
Musnahnya Kota Portugis A Farmosa Ramai diantara generasi kita hari ini berpendapat, tinggalan Kota A Formosa atau Pintu gerbang Porta De Santiago di Bandar Hilir adalah Kota Melaka. Mengikut rakan kami yang sedang membuat kajian dengan peruntukkan dana, Kota Melaka sebenarnya terletak di Kota Lukut bukannya di A Farmosa. Sepatutnya dimana Sultan Mahmud bersemayam, disitulah Kotanya. Mengikut bahasa Siam Kedah, Pha-mo-ser membawa maksud, bawa-tentera-berpengetahuan. Bagi kita, A Farmosa adalah nama khas dan dikatakan tidak ada makna dalam Bahasa Portugis hari ini. Kota Lukut adalah tempat bersemayamnya Sultan Mahmud Syah, Khalifatullah Akhirul Zaman sebelum baginda diserang oleh tentera Belanda dalam tahun 1641 dan Pha Mo Ser adalah tempat tinggal tentera Portugis baginda yang mengawal Selat Melaka selepas kematian Laksemana Cheng Ho. Pintu gerbang Porta de Santiago di Kota A Formosa Pintu Porta De Santiago hanya sebahagian kecil dari keseluruhan Kota A Farmosa yang dibina tentera-tentera Portugis. Bahagian lain telah diletupkan dan ditimbus oleh Inggeris. Mengikut Undang Undang Kedah baginda masih bersemayam di Melaka (Istana Alam Syah, Kelang) dalam tahun 1657 (Undang-Undang Kedah,ms 98), selepas Melaka (Kota Lukut) diserang oleh tentera Belanda dalam tahun 1641. Kota Lukud letaknya di Bukit Raja berhampiran dengan Sungai Lukut, dimana terdapatnya lombong-lombong bijih timah yang diusahakan oleh penduduk tempatan dan orang-orang Melayu dari keturunan Minang. Jajahan Melaka ketika itu luas termasuklah Selangor, Johor , Pahang dan Kepulauan Riau. Negeri Sembilan ketika itu belum ada lagi dan dibuka dizaman Belanda menjajah Melaka (Kota Lukut). Kota tersebut kemudiannya turut diduduki Raja Jumaat ibni Raja Jaafar sekitar tahun 1800 keatas. Istana yang dikatakan berada didalam kawasan Kota lukut. Kota A Farmosa ini seperti kita ketahui terletak di Bandar Hilir dan telah dibina oleh orang-orang Portugis yang dikatakan menjajah Melaka. Sekiranya Melaka dijajah Portugis bermula tahun 1511, mengapakah Sultan Mahmud Syah masih bersemayam di Kota Lukud dalam tahun 1641. Maklumat kami mengatakan Maharaja Siam Islam yang memerentah Ayuthia menghantar tentera Portugis ke Melaka untuk mengawal Selat Melaka menggantikan armada laut Laksemana Cheng Ho. Orang-orang Portugis ini telah berdagang dirantau ini semenjak di Goa India dan tidak memusuhi Islam disebabkan Goa juga adalah sebahagian dari Empayar Monggol. Kedatangan mereka ke Melaka kerana perentah Maharaja Siam Islam yang juga merupakan sebahagian dari Empayar Monggol India dan ini ada tercatat dalam sejarah Ayuthia di Thailand hari ini. Jika kita fikirkan berapa kuat sangatkah Portugis yang jauh merantau dari Portugal ketika itu untuk menentang tentera Monggol India ini, sudah pasti mereka mudah dihancurkan Monggol yang mungkin turut juga akan mendapat bantuan Kerajaan Parsi. Mereka memilih untuk bersahabat. Kami berpendapat, Kota A Farmosa telah diletupkan oleh penjajah Inggeris bagi menutup bukti sejarah, sepertimana yang berlaku di Sungai Mas, pada Istana milik Raja Merong Mahawangsa, candi Lembah Bujang dan 15 istana lain di Kedah. Semasa meletupkan Kota A Farmosa ini, penjajah Inggeris ini sudah pun berkuasa di Melaka dan bukan lagi berperang ketika itu. Catatan Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah mengenai kemusnahan ini pula tamat dalam tahun 1843. Tidak mustahil kerja-kerja letupan dijalankan dalam tahun 1818 seperti tercatat dibawah. Wasiat yang diterima dari Sultan Jaafar Muadzam Syah pula mengatakan Kota Raja Merong Mahawangsa dikatakan masih berdiri tegak tanpa penghuni semasa pemerentahannya, dari 1862-1876. Mengikut TNL Mahmud, ia diroboh/diletupkan dan ditimbus sekitar tahun 1876-1881 dengan peledak yang dibeli di Pulau Pinang. Tanah kawasan ini kemudiannya diberikan kepada penduduk kampong untuk didirikan rumah-rumah penduduk kampung. Begitu juga dengan kawasan Makam Raja Merong Mahawangsa di Kg Langgar, Merbok adalah kawasan perkuburan diraja yang jauh lebih besar, tapi tanahnya diberikan kepada orang awam untuk dijadikan ladang getah. Malacca Fort - A Brief Background (sepatutnya A Farmosa Fort) The fort was built by the Portuguese was completed in 1512. The structure was made up of stone on its seaward and river sides. The southern and eastern sides of the Fort consisted of a wooden palisade, a weak link in the Forts defenses. The circumference was 1,310 yards. When the Dutch took over the fort in 1641, much of the Fort had been destroyed or was damaged and had to be rebuilt. However, it was from 1665 to 1678, during Balthasar Borts term as Governor of Malacca, that the fort assumed its final form and this was the structure that the British acquired in 1795.The capture of the fort by the British was a strategic move to prevent it from falling into French hands during the Napoleonic Wars. They held it until 1818 after which they blew it up so that it could no longer be utilised to the advantage of any of its rivals(betul ke ni??). Stamford Raffles arrived from Singapore just in time to prevent the destruction of the gate known as Porta de Santiago  long believed to be the only remaining part of the fort (setelah dilapurkan oleh Munsyi Abdullah?). Until, today. After its destruction, the British carried out major land reclamation works in the 1920s and 30s. The land was turned into the field we now know as Padang Pahlawan. Jika kita fikirkan, apakah agenda sebenar penjajah Inggeris ini?, apakah maklumat yang cuba di elak dari diketahui oleh pengkaji sejarah kita hari ini?, apakah yang ada pada/sebalik dinding Kota Melaka tersebut?, mengapakah setelah dirobohkan ia di timbus pula? dan hari ini kita mulai menjumpai sebahagian dindingnya tertimbus di dalam tanah?, taktik yang sama sepertimana berlaku keatas Istana Merong Mahawangsa. Hal-hal seperti inilah yang sepatutnya menghairankan kita hari ini, seolah-olah ada sesuatu yang turut terkubur bersama tindakan mereka ini. Kegemilangan bangsa kita yang beragama Islam cuba ditutup oleh penjajah Inggeris dan sekutunya dizaman dahulu. Adakah kehilangan Kota Gelanggi akibat tindakan mereka juga? Dengan itu kami katakan sekali lagi, kita tidak harus menerima bulat-bulat sejarah tinggalan versi penjajah ini, sebaliknya dengan cerdik pandai yang ada kita harus membuat kajian semula melalui bukti baru yang mula muncul. Entah apa pula yang akan akan jumpai oleh pengkaji sejarah kita, juga dalam keadaan tertimbus selepas ini. Bagi kami penulis diblog ini, tindakan ini tak lain dan tak bukan, bertujuan untuk menutup ketamadunan Islam di rantau ini . Penjajah Inggeris telah membawa sentimen Perang Salib yang berlaku di Eropah ke Nusantara dan tidak ingin ketamadunan Islam diagong-agongkan dan menjadi peninggalan sejarah. Tindakan ini berlainan sekali dengan penjajah Belanda di Indonesia yang tidak memusnahkan bangunan dan artifak sejarah dan masih berdiri kukuh hingga kini (tapi bertindak dengan cara lain). Ia mudah dijalankan kerja-kerja 'restoration', kerana bentuk asal masih ada. Runtuhan Istana Merong Mahawangsa, jika dilihat pada serpihan yang ditemui pecah seperti diletupkan bukanya roboh seperti tidak tersusun. Contoh yang terbaik boleh kita lihat pada runtuhan Angkor Wat di Vietnam, ia usang tapi tidak roboh berkecai, mahupun tertimbus. Kita ikuti catatan Munsyi Abdullah, Thus it went on for three months, in sicknesses, and other disagreeables, as well as in the men dying or breaking their legs and arms. While such were the circumstances, it was bruited abroad that the Governor had ordered a mine to be carried under the sea bastion, where he intended to deposit powder boxes, with the view of blowing it up. When this was known, people cried out, what kind of an affair is this? Hundreds went to see it, myself amongst the number; and true enough, they had dug holes about one fathom square, of great depth to their desire. Then they dug the earth at the side of these wells, at about a fathom distance, in which they put the powder chests, to which they applied a fuse below the ground,--whose length was about ten fathoms,--made with cloth. The grains of the powder were rough, and as big as one's great toes. They then ordered these holes to be closed, which they plugged hard with stones and earth. They worked at these for five or six days, with ten or twenty men; after which they sent round the gong to make people aware that on the morrow, at eight o'clock in the morning, no persons were to come to the fort side of the river, or into the houses near, but to go to houses at a distance. Then, on the morrow, came Colonel Farquhar on horseback, holding a staff in his hand. He ordered his men to mount the fort and drive all people across the river, which they did pell mell. Immediately after this he lighted the fuse. This being done he spurred his horse; and in about four or five minutes the mine was fired with a noise like thunder, and out flew stones as big as houses and elephants, right out to the sea. There were also stones that were carried across the river to the tops of the houses. The people, when they heard the sound, got into a high state of alarm an consternation, for they never had heard such a noise before. The mighty power of gunpowder blowing up into the air as it did stones as big as houses, filled them with astonishment. Now only did people begin to believe that the English could demolish the fort. They now sagely wagged their heads, saying that great were the ingenuities and contrivances of the white people, but what a pity that such a beautiful fort should be destroyed as it were in a moment; for if it had to be erected again, how many years would this not take! For the glory of Malacca was its fort, and having destroyed this, the glory had gone out of it; like the corpse of a woman, the husband no longer glories in her face. But this is the dispensation of the Almighty, the world is not everlasting: what is He maketh to be not, and what is not he maketh to arise. Now the stones of the fort were removed by people in various directions, some made houses of them, and some even carried them off to Batavia during the Dutch tenure (i.e., in 1818 to 1825), and lately also to Rhio (Riau), the English taking them on board ships to make the harbour of Bara. There are also some sunk in the river: others remain in heaps like hills to this time, for people to take as they like. Thus it came about that Colonel Farquhar made an easy job of demolishing the fort -- and all those who did not believe in the possibility now shut their mouths, not saying another word. And all the evil spirits that were in the brains of people went back to their originators, being afraid of the smoke of gunpowder, and the affair now stood thus, that the beautiful fort of Malacca was destroyed, blown to the winds by powder; but if they had tried it stone by stone, it would have been standing yet.


Posted 19 January 2008 - 04:28 PM
RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN DALAM SEJARAH BANGSA MELAYU.
 Raja-raja Melayu dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Turut di kenali sebagai raja Rom, banyak tulisan-tulisan sejarah merujuk kepada baginda sebagai asal bermulanya keturunan di raja ini. Setakat mana kebenaran ini, kita perlulah merujuk kepada, 1) Al Quran, Surah Al Kahfi 2) Manuskrip Undang-Undang Kedah yang telah dibukukan. 3) Sulalatus Salatin Al Quran, Surah Al Kahfi Surah Al-Kahfi, Ayat 94 Mereka berkata: wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? Surah Al-Kahfi, Ayat 95 Dia menjawab: (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Surah Al-Kahfi, Ayat 96 Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya. Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda. Sejarah Kelantan mengatakan bahawa baginda mati dibunuh dan tidak mempunyai zuriat adalah karut. Apakah mereka ingat orang yang sudah mempunyai anak tidak boleh mengambil anak angkat? Apakah mereka fikir sekiranya hari ini mereka berkuasa mereka dengan mudah boleh menghapuskan sejarah dan salasilah orang lain? Semua ini hanyalah fitnah demi menutup bukti sejarah, sepertimana kes Pahlawan Mat Kilau yang di katakan telah meninggal dunia tiba-tiba muncul semula memperkenalkan dirinya. Pada hal waris baginda Sultan Mohammad I Kelantan, Saudara Nik Bahadur Syah masih berada di Kedah hari ini. Berusia sekitar 50an, bermisai tebal dengan rambut kemas disikat, beliau turut hadir pada hari perjumpaan keluarga Syarif Yang Di Pertuan baru-baru ini. Penjajah Inggeris memang menghapuskan bukti sejarah, contoh yang paling jelas apabila William Farquhar cuba meletupkan Kota A Farmosa dahulu. Sekiranya kota tersebut habis diletupkan, bolehkah kita bayang bagaimanakah rupabentuk kota Farmosa itu hari ini? Setelah diusir oleh tentera thai diketuai oleh anak angkatnya Long Senik, baginda kembali menetap di Kedah (di Alor Pak Ngah) dan menjadi guru agama. Tentera Thai datang mencari beginda, tetapi yang mereka jumpa hanyalah seorang Pak Ngah yang mengajar agama sekolah pondok sahaja. Begitulah perlindungan dari Allah SWT. Ulamak Kedah seperti Haji Naik Kayu, Abdullah Fahim dizaman Sultan Abdul Hamid dahulu adalah juga anak murid baginda. Inilah yang dikatakan Sultan sebagai pemerentah dan ulamak dizaman dahulu. Baginda kembali ke Kedah kerana baginda adalah dari keturunan Tengku Long Putera, anak saudara Syarif Yang Di Pertuan (anakanda Paduka Seri bongsu, lihat UUK). Permaisuri baginda Sultan mohammad I ialah Datuk Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif Al Fatani yang membesarkan Tunku Badlishah setelah di usir dari istana oleh ayahandanya, Sultan Abdul Hamid. Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian dari Allah SWT iaitu Naga atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong (bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka. Kelebihan Sultan Iskandar Zulkarnain, sebagai anugerah Allah SWT kepada baginda ialah baginda mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah membantu baginda dalam setiap peperangan. Mungkin dengan inilah cerita-cerita dari negeri China seringkali mengambarkan kebolehan seni mempertahankan diri berkebolehan untuk terbang, salah satu dari sifat dan kebolehan makhluk jin ini. Tidak ada dalam budaya bangsa lain yang menggambarkan kebolehan sebegitu rupa. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain juga dikatakan dapat memahami setiap bahasa suku kaum yang bertemu dengannya. Pada masa yang sama kisah Sang Gerdembai bermaksud, Ger-kenderaan, dem-dahulukala, bai-muslim, pasti mempunyai cerita yang tersirat untuk kita hari ini menilai semula kisah-kisah ini. Disamping itu Raja Iskandar Zulkarnain mempunyai dua orang Ketua Panglima Tentera iaitu Nabi Allah Khidir dan Nabi Allah Elias. Semasa kecil pula, selepas tawaf di hadapan Kaabah, Nabi Allah Ibrahim telah memegang bahu baginda dan berdoa kehadrat Allah SWT agar pada suatu hari kelak baginda akan menjadi orang yang terkenal. Inilah Iskandar Zulkarnain yang dikatakan mempunyai dua tanduk, simbol kekuasaannya keatas Rom dan Parsi. Shih @ Sheikh Huang Ti Keturunan Raja Iskandar Zilkarnain ini telah membawa kepada Shih atau Sheikh Huang Ti, Maharaja China yang pertama, dimana baginda dikatakan bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius. Dikatakan juga bahawa Empayar Chin itu berasal dari perkataan Empayar Jin sempena nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.** Tindakan ini adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah (belum lagi islam) dan dengan itu baginda dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam. (*cara sebutan, rapatkan gigi atas dengan gigi bawah anda, cuba sebutkan chin dengan menggunakan bibir anda, bunyinya bergema, seperti Jin bukan?) During his reign, Shih Huang ti destroyed the existing feudal structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized administration. Networks of roads and canals were engineered, and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures, coins, and written characters were standardized in a quest for cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all books that diverged from official Chin philosophy and history. On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor - entombed among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife. His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment that the Chin dynasty collapsed four years later, even though it formed the model for all later dynasties. Mungkin baginda sudah mengetahui mengenai kehidupan yang kekal abadi. Dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda bertindak (tanpa panduan kerana agama Allah belum lengkap) dengan membina askar-askar terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah Xian dinegeri China. Maklum sajalah, agama Allah walaupun diterima oleh Allah, ia masih belum lagi lengkap sepertimana agama Islam hari ini. Kedatangan baginda Rasulullah SAW adalah bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah SWT sebagai agama yang diredhai oleh Nya. Walau bagaimanapun Sheikh huang Ti berjaya menyatukan negeri china dibawah satu payong negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang pertama, yang di mulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain dahulu. Tembok ini bukannya tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua ketahui hari ini. Diriwayatkan bahawa beberapa ratus tahun kemudian, ketibaan Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun 650 masihi membawa ajaran agama islam bukanlah merupakan satu kejutan baru kepada Maharaja China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama islam ini dari mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari satu generasi ke satu generasi. Manuskrip Undang Undang Kedah Berbeza dengan buku-buku penulisan sejarah lain yang merupakan hikayat, riwayat dan sebagainya, buku Undang-Undang Kedah adalah sebuah manuskrip melayu lama yang merupakan undang-undang diguna pakai oleh raja-raja kita dizaman dahulu. Sebelum pada ini Undang undang ini terdapat dalam pelbagai versi yang bercerai-cerai namun versi ini adalah satu kompilasi yang lengkap. Ia telah di lenyapkan buat seketika (dirampas Inggeris di Kota Bruas) dan digantikan oleh sejarah versi penjajah. Teks ini telah dipulangkan dalam bentuk mikrofilem daripada perpustakaan School of Oriental and African Studies dengan nombor rujukan MS 40329. Kompilasi yang lengkap bermakna ia adalah satu salinan milik pemerentah atau penguatkuasa undang-undang ketika itu. Setiap tajuk yang disenaraikan dibawah ini tidak bercerai berai malah lengkap bagai sebuah buku. 1. Undang Undang Pelabuhan. Ia dikatakan menyebut tentang undang-undang pelabuhan Melaka akan tetapi nama tempat yang disebut dalam teks hingga kini masih ada di Kedah atau berhampiran Kedah (ms 13, ms 15, ms 17 dll). 2. Undang Undang Seri Paduka Tuan 3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar 4. Cara membuat Bunga Emas 5. Undang-Undang Hijrah seribu seratus sembilan puluh sembilan (1199, zaman Syarif Yang Di Pertuan) Disebutklan bahawa majlis yang beradat, digunakan oleh raja-raja kita hari ini bukanlah ciptaan mereka semata-mata. Ia berasal dari majlis Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain adalah pengikut agama Allah yakni ahli kitab dari seawal zaman Nabi Ibrahim. Pada majlis yang dimuliakan ini sudah ada jawatan-jawatan dan tanggungjawab resmi yang mewakili pemerentah pada masa itu. Di zaman dahulukala itu, Raja Iskandar Zulkarnain diberi kelebihan oleh Allah SWT iaitu boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda singgah. Oleh itu penaklukan wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam usaha baginda menyerapkan ketamadunan mulia keatas manusia yang sebelum pada itu hidup tanpa arah, liar atau buas. Salalatus Salatin Menurut Salalatus Salatin pula, Raja Iskandar Zulkarnain setelah menyerang Benua Keling telah berkahwin dengan Puteri Sharul Bariyah puteri kepada Raja Kida Hindi, dikatakan telah menuju ke negeri matahari terbit dari Benua Keling, sudah pasti ke benua China. Malah bangsa China mempunyai makna dalam bahsa Siam. Perkataan Chey-Na bermaksud, datuk-petunjuk. Sudah pasti ada seorang ketua yang hebat dizaman dahulu, datang memberi petunjuk pada suatu kaum. Di sana baginda telah berperang dengan puak Yakjuj sepertimana tercatat dalam Al Quran, Surah Al Kahfi ayat 94 . Puak Makjuj pula dikatakan telah memelok agama Allah dan membawa kepada bangsa Saimen yang bermaksud, kawasan dia. Dalam sejarah bangsa Siam Islam, sebutan nama ke dua-dua bangsa ini sudah pun ada. Mereka disebut seperti berikut, Nya Juj dan Ma Juj. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana negara kita masih lagi ketandusan penyelidikkan mengenai bahasa dan bangsa siam ini. Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin ada menyebut mengenai Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut, Setelah itu maka Raja Suran pun kembali ke benua Keling. Telah sampailah ke negeri Keling maka raja Suran pun berbuat sebuah negeri terlalu besar kotanya daripada batu hitam tujuh lapis serta dengan tebalnya dan tingginya sembilan depa daripada pandainya segal utas berbuat dia itu tiadalah kelihatan rapatannya lagi rupanya seperti dituang pintunya daripada besi melela bertatahkan emas bepermata. Syahdan luasnya kota itu tujuh gunung didalamnya dan pada sama tengah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luasnya seperti laut rupanya jikalau gajah berdiri diseberang tasik itu tiada kelihatan dari seberangnya dan serba ikan dilepaskannya didalam tasik itu. Maka ditengah tasik itu ada sebuah pulau terlalu tinggi sentiasa berasap seperti disaput embun rupanya maka diatas pulau itu ditanaminya pelbagai kayu-kayuan dan buah-buahan dan bunga-bungaan segala yang ada di dunia ini semuanya adalah disana dan apabila raja Suran hendak bermain kesanalah ia pergi. Maka adalah di tepi tasik itu diperbuatnya hutan besar maka dilepaskannya segala binatang yang liar dan apabila raja Suran hendak berburu atau menjerat gajah pada hutan itulah ia pergi. Hari ini sekiranya kita tidak menetapkan sempadan Benua keling itu sebagai hanya di India, mungkin kata-kata ini ada logiknya. Ini adalah kerana sempadan yang ada sekarang ini dulunya belum ada dan mungkin dizaman dahulu, yang dikatakan jajahan Benua Keling itu mungkin jauh lebih besar dari yang kita sangkakan pada hari ini. Malah perkataan In-dia bermaksud, pusat pemerentahan. Adakah ini ada hubunganya dengan Ayodhia di India yang mana perkataan Ayuthia bermaksud, tempat bersemayamnya raja. Pengkaji sejarah Islam hari pula, lebih memihak kepada Cyrus the Great berbanding Alexander the Great dalam mengenali siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini. ,Cyrrus The Great dikatakan mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di di empayar Rom dan Parsi. Begitulah serba sedikit untuk kita renungkan. Wallahualambisawab.